Masa Depan XRP Cerah Di Asia Selepas Pengumuman SBI Motor Japan

1,497

SBI Motor Japan teruja mengumumkan kesediaan mereka menerima Bitcoin (BTC) dan XRP dalam pembelian kenderaan terpakai menggunakan pertukaran kripto milik SBI Group, SBI VCTrade Co., Ltd. semalam.

Khabar ini secara tidak langsung menandakan pencapaian pertama XRP diterima sebagai pilihan pembayaran untuk platform e-dagang antarabangsa.

Malah dalam kejutan ini juga sebenarnya ia sudah dijangka memandangkan Ripple dan SBI telah menjalankan usaha sama dalam mempromosikan penggunaan XRP di Asia.

Untuk pengetahuan, SBI Motor Japan merupakan syarikat pengeksportan kereta terpakai di Jepun.

Beberapa destinasi eksport kereta terpakai di bawah syarikat ini, termasuklah Kenya, Ireland, Pulau Cayman, Bahamas, Caribbean, Zambia, dan Tanzania.

Difahamkan SBI mampu mencapai rekod eksport sehingga 5000 kenderaan auto setiap tahun.

Berdasarkan pemerhatian, pembayaran menggunakan mata wang kripto yang sedang meningkat akan terus mencatatkan kebergantungan pada masa depan. Disebabkan itu, SBI mahu menjadi sebahagian daripada trend ini bermula pengeksportan kereta terpakai.

Tidak cukup dengan itu, CEO SBI, Yoshitaka Kitao yang menyandang jawatan ahli lembaga Ripple bermula April 2019 sehingga awal 2021 telah menunjukkan sokongannya terhadap XRP sejak awal.

Pada ketika itu SBI Holdings mengeluarkan kenyataan rasmi bersama rujukan undang-undang Jepun, mendakwa XRP bukanlah sekuriti tetapi mata wang kripto.

Kes SEC-Ripple berlanjutan sehingga ke hari ini.

CEO Ripple, Brad Garlinghouse percaya kes ini akan menemui titik konklusinya pada tahun ini berdasarkan pemerhatiannya terhadap perbicaraan mahkamah yang berjalan lancar.

Bagaimanapun penasihat am Ripple menyatakan sebaliknya, potensi untuk kes ‘XRP sebagai aset sekuriti’ berlanjutan sehingga 2023 sangat tinggi.

Ketika penulisan, XRP didagangkan pada $0.53, susut lebih 6% dalam 24 jam dan lebih 14% sejak minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat