Matawang AUD Melonjak Selepas Australia Dapat Perdana Menteri Baru

532

Dollar Australia membuat kenaikan hampir 0.50% pada Jumaat selepas parti pemerintah (Liberal Party) mengundi pemimpin baru sekaligus mengakhiri krisis politik yang telah berlangsung seminggu di Australia.

Dollar Australia meningkat berbanding matawang utama yang lain selepas mengalami kejatuhan besar pada minggu ini disebabkan ketidaktentuan politik. Tiga daripada menteri kanan kabinet Australia meletakkan jawatan pada Khamis bagi membantah kepimpinan Malcolm Turnbull.

Scott Morrison akan menjadi Perdana Menteri yang baru selepas memenangi pertembungan tiga penjuru pada Jumaat.

Sejak tahun 2007, ekonomi ke-13 terbesar dunia ini telah menyaksikan perubahan kepimpinan sebanyak lima kali dan tiada Perdana Menteri yang menghabiskan penggal sepenuhnya.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull berhadapan risiko politik pada Khamis selepas tiga daripada menteri kabinet beliau meletakkan jawatan. Menteri Kewangan Mathias Cormann, Menteri Komunikasi Mitch Fifield dan Menteri Kerja Michaelia Cash mengadakan sidang media bersama pagi tadi dan mengumumkan perletakan jawatan mereka.

Matawang AUD jatuh sehingga 1.40% pada Khamis dan menjadi matawang paling lemah setakat ini.

Walaubagaimanapun, AUD dilihat akan terus tertekan disebabkan oleh ketegangan perdagangan AS-China. Dalam masa yang sama pendirian Reserve Bank of Australia (RBA) juga adalah berhati-hati terhadap dasar monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat