Matawang Cable Melonjak Selepas Perkembangan Isu Brexit Yang Positif Manakala USD Lemah Menjelang Keterangan Dari Jerome Powell

700

Pound Sterling mendahului carta kekuatan matawang pada sesi Eropah hari ini berbanding matawang utama yang lain selepas laporan bahawa Perdana Menteri Theresa May sedang mempertimbangkan untuk menangguhkan Brexit.

Tambahan lagi, pengukuhan GBP juga disokong oleh komen-komen anggota Bank pusat Bank of England (BoE). Gabenor BoE Mark Carney berkata kenaikan kadar faedah beransur-ansur akan diperlukan jika ekonomi berjalan seperti unjuran bank pusat dan menyatakan bahawa ‘no-deal’ Brexit akan berlaku inflasi yang sekaligus memerlukan bank pusat untuk mengetatkan dasar monetari.

Bukan itu sahaja, menurut Ramsden dan Vlieghe pula, mereka menyuarakan bahawa kadar inflasi berkemungkinan kekal di atas sasaran bank pusat dan kenaikan kadar faedah 0.25% setahun merupakan perkara yang munasabah.

Sementara itu matawang AS Dolar didagangkan lemah memandangkan para pelabur akan menumpukan perhatian terhadap keterangan daripada Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell terhadap laporan pertengahan tahun Dasar Kewangan FED. Pasaran menjangkakan beliau akan menggariskan kepekaan FED terhadap harga aset dan menyampaikan kenyataan yang positif terhadap pertumbuhan domestik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat