Matawang-Crypto Selain Bitcoin Kini Membuat Pemulihan, Litecoin Lepasi Angka $100

166

Pelabur-pelabur Litecoin sudah tentu menarik nafas lega dengan harga ketika ini berada melebihi $100. Selepas pergerakan sukar sejak sehari lepas, matawang-matawang Crypto utama sedang cuba membuat pemulihan termasuklah Etherium. Bitcoin terkecuali kerana terus membuat kenaikan walaupun matawang lain merosot.

Ramai yang lega dengan kenaikan pasaran matawang-Crypto selepas Bitcoin mencapai paras tertinggi baru. Harga Litecoin ketika ini dilihat membuat pemulihan secara perlahan-lahan selepas harga jatuh ke paras $92.77 beberapa jam yang lepas. Walaupun majoriti matawang membuat rekod positif sejak sebulan yang lalu, kini perhatian pasaran juga terarah kepada perbezaan harga dalam jangka pendek.

Dengan harga Litecoin kini kembali kepada harga tiga digit, kita masih belum pasti sama ada ia akan kekal. Masih banyak perkara yang tidak menentu perkara ini dengan Bitcoin telah merekod kejatuhan 10% setakat pukul 10.21 malam. Jika Bitcoin meneruskan penurunan, dijangka ia juga akan membawa matawang-matawang lain turun bersamanya.

Jumlah dagangan sejak 24 jam lepas adalah $703 juta dengan Litecoin membuat kenaikan 7.16% setakat pukul 10.22 malam.

Mengejutkan, pusat tukaran (exchanger) GDAX bukanlah yang paling banyak memiliki jumlah dagangan Litecoin sejak 24 jam lepas. OKEx kini memegang jumlah tertinggi. GDAX dan Bitfinex adalah tiga tertinggi dalam perdagangan Litecoin.

Buat masa ini, dinasihatkan untuk terus berhati-hati apabila mendagangkan matawang-Crypto. Hal ini kerana semakin banyak wang yang memasuki pasaran matawang digital dan ia juga berpotensi membawa satu pergerakan yang semakin volatile di masa akan datang. Namun, masih banyak peluang untuk kenaikan matawang-matawang lain termasuk Litecoin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat