Matawang GBP Jatuh Disebabkan Indeks PMI Sektor Perkhidmatan UK

400

Data penting daripada United Kingdom baru sahaja dikeluarkan pada pukul 4.30 petang pada Khamis. Matawang GBP sedikit tertekan selepas data ini dikeluarkan, apabila bacaan data kurang daripada jangkaan.

Data indeks PMI sektor perkhidmatan yang menilai aktiviti sektor perkhidmatan di UK merekodkan bacaan 52.8 pada April berbanding jangkaan 53.5. Bacaan di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan sebaliknya di bawah 50 menggambarkan aktiviti yang merosot. Namun, data kali ini adalah mengecewakan kerana meleset daripada jangkaan.

Data PMI sektor perkhidmatan adalah salah satu daripada 3 data PMI yang dikeluaran pada minggu ini. Dua data sektor pembuatan dan pembinaan telah dikeluarkan masing-masing pada Selasa dan Rabu. PMI pembuatan UK mencatat bacaan 53.9 kurang daripada jangkaan 54.8 dan PMI pembinaan UK mencatat bacaan 52.5 lebih daripada jangkaan 50.5.

Daripada ketiga-tiga data PMI ini, sektor perkhidmatan adalah data paling penting kerana ia mewakili sebahagian besar keseluruhan ekonomi Britain.

“Tinjauan sektor perkhidmatan manambah isyarat bahawa kadar pertumbuhan ekonomi kekal mengecewakan yang mana terhalang pada awal suku kedua,” kata Chris Williamson, ketua penganalisis ekonomi di Markit.

“Data perkhidmatan yang mengecewakan ini akan menambah jangkaan bahawa MPC mungkin tidak akan menaikkan kadar faedah.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat