Matawang Gergasi Langsung Tak Beri Muka Kepada Matawang Ini!

41

Yen melemah dalam sesi Asia pada Khamis walaupun data pertumbuhan Kadar Dalam Negara Kasar (GDP) mengejutkan pasaran. Sementara itu, tumpuan kebanyakan pelabur juga masih diberikan kepada data yang bakal dikeluarkan dari China.

Jepun melaporkan akaun semasa negara itu mempunyai lebihan sebanyak  ¥ 1.45 trilion. Juga di Jepun, angka pinjaman bank meningkat 0.2%.

Dalam satu laporan lain, GDP Jepun menunjukkan peningkatan 0.2% dalam jangka masa suku ke suku.

USD/JPY meningkat 0.09% selepas data akaun semasa dan GDP dikeluarkan.

USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Sementara itu, AUD/USD merosot 0.07%.

aud-usd-08-09
AUD/JPY, 30 minit

Australia mengeluarkan data perdagangan yang menunjukkan defisit sebanyak A$2.75 billion bagi bulan Julai.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Dollar kali terakhir dinilai pada 94.95.

Seterusnya, Bank Pusat Eropah akan menggariskan rangsangan selanjutnya yang bakal diambil bank terbabit berikutan pertumbuhan dan kadar inflasi yang kekal lemah walaupun pelbagai usaha telah dijalankan.

Semalaman, US Dollar meningkat sederhana berikutan data yang mengecewakan sebelum ini masih memberi tekanan kepada matawang terbabit.

Disaat ramai yang masih menangkap Pokemon, rakyat Belgium mula ‘menangkap’ buku. 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat