Dollar Australia dan New Zealand bergerak lebih rendah berbanding US Dollar pada Khamis. Namun, begitu, keuntungan US Dollar kekal terhad berikutan kebimbangan terhadap dasar perlindungan Donald Trump yang terus memberi tekanan kepada US Dollar.
AUD/USD menyusut sebanyak 0.20 peratus kepada 0.7560.
Pelabur juga kekal berhati-hati selepas Trump pada Rabu mengarahkan pembinaan tembok sempadan di antara Mexico dan AS. Selain itu, beliau juga mengecam mana-mana bandar yang melindungi pendatang tanpa izin.
Dalam masa yang sama, Trump dijangka menandatangani satu perintah eksekutif bagi menyekat kemasukan pelarian dari Syria dan menggantung kemasukan mana-mana pendatang dari majoriti Islam Timur Tengah dan negara Afrika.
US Dollar berada di bawah tekanan sejak perasmian Donald Trump pada Jumaat lepas selepas pasaran kekal bimbang tentang pendirian perdagangan beliau bakal mengheret jatuh pertumbuhan ekonomi.
NZD/USD menjunam sebanyak 0.33 peratus selepas melonjak kepada tempoh dua bulan tertinggi semalam.
Terdahulu, jabatan Statistik New Zealand melaporkan bahawa indeks harga pengguna meningkat sebanyak 0.4 peratus pada suku keempat tahun 2016, mengatasi jangkaan peningkatan sebanyak 0.3 peratus.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang utama yang lain, kali terakhir dinilai pada 99.98.
Kertas Rancangan Brexit Akan Diterbitkan Secepat Mungkin Oleh Kerajaan Britain!