Matawang Utama Sambung Kenaikan, Sentimen Risk-On?

519

Sentimen positif menghiasi pasaran sesi Eropah, menyaksikan kebanyakan matawang utama didagangkan tinggi dan mendorong US dolar menyambung penyusutan lebih rendah.

Perbualan Presiden AS, Joe Biden dan Presiden China, Xi Jinping pada hari ini, telah mendorong lonjakan matawang yuan ke paras tertinggi satu minggu.

Dalam satu pernyataan, White House mengatakan Biden dan Xi Jinping telah mengadakan perbincangan yang luas dan strategik, yang tertumpu pada isu ekonomi, perubahan iklim dan Covid-19.

Indeks dolar pula didagangkan susut 0.1% ke paras harga 92.36 berbanding sekumpulan matawang utama. Greenback masih di landasan untuk kenaikan mingguan 0.35% minggu ini.

Sementara itu, matawang sensitif risiko, dolar Aussie juga meningkat ke sekitar harga 0.7400, tetapi masih gagal memadamkan kerugian 0.7% yang dicatatkan minggu ini.

Dolar kiwi turut menokok dengan didagangkan 0.6% lebih tinggi berbanding US dolar di sekitar harga 0.7150 berbanding greenback.

Matawang euro turut meraih manfaat untuk meningkat, setelah didagangkan mendatar pada awal sesi Asia selepas pengumuman dasar mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) diumumkan.

ECB mengumumkan kadar pembelian bon kecemasan (PEPP) yang lebih perlahan pada suku akan datang, yang dilihat bukan sebagai pengurangan (tapering) rangsangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat