Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan pada Jumaat lalu telah menyaksikan penyusutan nilai berlaku ke atas US dolar.
Meneliti bacaan laporan, pertambahan pekerjaan pada Februari meningkat kepada 311,000 mengatasi ramalan 224,000, namun lebih rendah berbanding bulan sebelumnya 504,000.
Purata pendapatan perjam susut kepada 0.2% daripada 0.3%, manakala kadar pengangguran yang dijangka kekal pada 3.4% telah meningkat hingga 3.6%.
Keseluruhan komponen data yang dinilai suram telah mendorong penyusutan US dolar dan memudarkan kembali jangkaan kenaikan 50 mata asas kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat FOMC Mac ini.
Menguatkan lagi jangkaan tersebut apabila krisis Silicon Valley Bank (SVB) di AS mengalami keruntuhan yang dikatakan berpunca daripada kesan kenaikan kadar faedah yang tinggi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-krisis-svb-nfp-usd-133
Meneliti carta harga pasangan mata wang EUR/USD ketika kesan selepas NFP, harga melonjak melepasi paras 1.06000 hingga mencapai paras sasaran 1.07000 dengan sekitar 120 pips kenaikan harian dicatatkan.
Paras 1.07000 merupakan rintangan buat harga yang kebal untuk ditembusi sejak dagangan beberapa minggu lalu.
Menyambung dagangan pada pembukaan awal minggu ini, peningkatan harga diteruskan dan akhirnya berjaya tembusi rintangan 1.07000 tersebut di sesi Asia.
Kenaikan lebih tinggi dijangkakan menuju paras sasarn terbaru pada 1.08000 untuk harga catatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu.
Namun situasi boleh berubah menyaksikan kejatuhan harga berlaku semula sekiranya US dolar berjaya mengukuh kembali.
Penurunan semula harga di bawah paras 1.07000 akan mendorong harga kembali menuju paras tumpuan 1.06000.
Seterusnya, pelabur akan meneliti petunjuk-petunjuk untuk menilai perubahan trend harga yang mungkin berlaku semula.
Selain memerhati perkembangan krisis SVB, pasaran kini menantikan pula terbitan data inflasi AS untuk terus menilai hala tuju Fed dalam penetapan dasar monetari mereka.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG