Melonjak 170 Pips, USD/JPY Dah Naik Ke Paras Tertinggi Sejak April 2019?

214

Setelah bergerak mendatar dua minggu sebelum ini, pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY akhirnya mempamerkan lonjakan ketara harga pada minggu ini mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Kenaikan harga adalah didorong oleh sentimen berisiko pasaran yang dilihat semakin pulih dan mempengaruhi penyusutan dagangan safe-haven Yen.

Pertambahan kes jangkitan yang baru sudah mulai menurun 2 hari berturut-turut membuatkan pelabur semakin lega ditambah dengan pelaksanaan rangsangan fiskal dan monetari oleh China.

Selain itu, minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan awal pagi tadi terus menyokong matawang US dolar untuk mengukuh dengan kenyataan penting Federal Reserve untuk mengekalkan kadar faedah dan polisi sedia ada.

Ini menjadi penyebab kenaikan ketara harga pada carta USD/JPY mencecah sekitar 170 pips kenaikan ke paras sejak Mei 2019!

Harga telah membuat kenaikan melepasi paras resistance 110.100 sehingga mencapai paras ketinggian hampir 110.600.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga bergerak perlahan pada awal sesi namun kekal menunjukkan kenaikan dipacu oleh sentimen risk-on pasaran.

Harga meneruskan kenaikan melepasi paras ketinggian semalam dan mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2019 dan bergerak di sekitar 111.800 setakat jam 3.30 petang.

Momentum pengukuhan harga akan mendorong harga meneruskan kenaikan dan mencatatkan paras ketinggian terbaru untuk dagangan hari ini.

Kenaikan lebih tinggi berkemungkinan akan menguji zon resistance pada April 2019 lalu pada ketinggian 112.400.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, paras penting 111.000 dilihat sebagai paras tumpuan yang sebelum ini merupakan zon RBS (resistance become support).

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat