MEMEVENGERS Takluk Dunia Memecoin, Harga Meroket 28,000%!

801

“Wow memecoin ini agak pelik tapi sangat menarik.”

Sesiapa yang sentiasa memerhati pasaran kripto pasti dapat ketahui keadaan semasa perdagangan memecoin, baru-baru ini MEMEVENGERS (MMVG) melonjak sebanyak 28,000% dalam tempoh enam jam sahaja selepas penyenaraiannya pada 30 Mei 2023 di MEXC Exchange.

Secara konteks, MMVG adalah bertujuan untuk memberi penghormatan kepada wira-wira yang tidak dapat dikalahkan daripada francais terkenal Marvel Avengers, oleh itu ia telah mempamerkan gabungan tujuh memecoin popular. Berikut adalah senarainya:

  • Milady Meme Coin – mempersonifikasikan watak yang berjiwa bebas
  • Baby Doge Coin – meme penuh kuasa dengan kekuatan murni
  • Dogecoin – mengambil bentuk meme berkarisma
  • Shiba Inu – memanfaatkan kuasa pertahanan
  • FLOKI – wira meme yang tajam dan jenaka
  • Pepe – merangkumi keanehan yang luar biasa

Susulan memiliki bekalan awal sebanyak 470 trilion dan modal pasaran $80,000, terdapat pihak yang berpandangan MMVG berpotensi menjadi token meme paling berbaloi untuk dibeli.

Antara salah satu sebab MMVG semakin raih populariti sejak kebelakangan ini adalah disebabkan pendakiannya melebihi 20,000% dalam masa singkat, sama seperti zaman kegemilangan PEPE semasa mula-mula capai titik tertinggi.

Walaupun MMVG sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Marvel Avengers, ia akan tersedia pada Uniswap, di mana pembeli yang ingin beli memecoin itu harus menyambung ke platform Uniswap seterusnya ke wallet Metamask.

Selepas itu, tampalkan address token MMVG ke dalam Uniswap dan menekan sahkan, namun perlu diingatkan bahawa seseorang individu juga boleh membeli memecoin tersebut pada platform MEXC Exchange.

Pun begitu, pelabur haruslah meneliti pergerakan harganya dengan teliti susulan terdapat persoalan yang tercetus di kalangan komuniti kripto dalam meramalkan sejauh manakah MMVG akan berkembang pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat