Mengalah Tak Semestinya Kalah! Logan Paul Tarik Balik Saman Terhadap Coffeezilla!

164

“Rasanya Paul ni malas nak gaduh-gaduh, nanti sampai kesudah tak habis.”

Personaliti media sosial terkenal Amerika Syarikat (AS), Logan Paul menarik balik video ugutan samannya terhadap YouTuber Stephen Findeisen atau lebih dikenali sebagai Coffeezilla yang telah mengkritik projek Cryptozoo beliau sebagai satu penipuan.

Dilaporkan bahawa Paul telah memohon maaf kepada Coffeezilla melalui mesej dan memadam semua video tidak berasas tersebut.

Menurut Paul, Coffeezilla bukanlah musuhnya dan beliau sangat berterima kasih kerana Coffeezilla mendedahkan secara terbuka tentang kelemahan projek Cryptozoo tersebut.

Hal ini berikutan kerana Paul baru sedar bahawa beliau harus menerima kritikan itu dari perspektif positif agar projek Cryptozoo dapat diperbaiki dan dikembangkan lagi pada masa hadapan.

Secara umumnya, Paul telah memadam video respons terhadap tuduhan Coffeezilla daripada YouTube pada 3 Januari, namun kenyataan di akaun Twitter miliknya yang menafikan pertuduhan itu masih dikekalkan sehingga kini.

Malah, Coffeezilla berpendapat Paul akan memberi respon ke-3, tetapi setakat ini masih tidak mempunyai sebarang penjelasan lanjut daripada kedua-dua pihak tersebut.

Perbalahan berikut didapati telah berlaku selepas Coffeezilla pada 17 Disember menuduh permainan blockchain Cryptozoo melakukan pelbagai penyelewengan perniagaan.

Pertuduhan melulu Coffeezilla adalah punca Paul mengeluarkan video respon yang menyebut bahawa beliau akan jumpa YouTuber tersebut di mahkamah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat