Mengapa US Dolar Menyusut Meskipun Laporan NFP Melonjak Tinggi?

798

Ekonomi Amerika Syarikat kembali mencatatkan peningkatan dalam pekerjaan pada bulan Jun apabila lebih banyak perniagaan dibuka semula berikutan pelonggaran sekatan mula dilaksanakan.

Nonfarm payrolls (NFP) AS melonjak 4.8 juta pada Jun, jauh melebihi jangkaan pasaran untuk meningkat sebanyak 3 juta setelah merekodkan peningkatan sebanyak 2.7 juta pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, kadar pengangguran pula dilaporkan susut dari 13.3% yang dicatatkan pada Mei kepada 11.1% pada bulan Jun dan lebih baik daripada jangkaan untuk menurun pada 12.5%.

Bagaimanapun, angka yang direkodkan ini kekal berada di tahap yang tinggi berikutan masih terdapat berjuta-juta warga Amerika yang tidak bekerja ekoran penularan wabak yang terus berlaku.

Bacaan data pekerjaan bulan Jun menyusuli kejutan daripada peningkatan pada Mei, di mana AS tanpa dijangka telah menambah pekerjaan setelah pasaran menjangkakan ekonomi akan kehilangan lebih dari 7 juta pekerjaan.

Namun begitu, peningkatan dalam tempoh dua bulan ini masih belum dapat menampung kejatuhan drastik pada bulan April ketika aktiviti ekonomi ditutup sepenuhnya sehingga menyebabkan lebih 20 juta telah kehilangan pekerjaan.

Walau bagaimanapun, dolar greenback gagal meraih manfaat daripada bacaan yang memberangsangkan ini apabila kes baru coronavirus di Amerika Syarikat meningkat lebih 51,000 pada Khamis, di mana 37 negeri telah mencatatkan peningkatan.

Sementara matawang utama yang lain pula didagangkan mendatar berbanding US dolar memandangkan pelabur masih menilai mengenai bacaan NFP yang memberangsangkan dan lonjakan kes baru coronavirus.

Selain Amerika Syarikat, Jepun juga merekodkan lonjakan baru dalam kes jangkitan, di mana kes di Tokyo melonjak melebihi 100, iaitu angka paling tinggi pernah direkodkan dalam tempoh 2 bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat