Menjelang Dagangan Hujung Minggu, USD Dah Berhenti Naik?

641

US dolar didagangkan mendatar pada sesi Eropah dengan mata wang gergasi itu kini berada di landasan untuk keuntungan mingguan terbesarnya sejak Februari.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan sedikit berubah pada sekitar harga 102.12, paras tertinggi lebih satu minggu berbanding mata wang utama.

Pengukuhan semasa greenback dipercayai mendapat sokongan sebagai safe-haven daripada krisis perbankan yang semakin mendalam.

Pacwest berkata dalam pemfailan sekuriti pada hari Khamis bahawa depositnya jatuh hampir 10% menyebabkan saham kehilangan lebih 20% pada dagangan hari Khamis.

Menuju penutupan dagangan minggu ini, pelabur akan memberi tumpuan seterusnya kepada terbitan data sentimen pengguna UoM Amerika Syarikat pada sesi New York.

Seterusnya, mata wang pound didagangkan stabil setelah ditolak jatuh susulan keputusan Bank of England (BOE) yang menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas.

Pada sesi Eropah, data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK dilaporkan meningkat 0.1% pada suku pertama menyusuli penguncupan yang dicatatkan pada bulan Mac.

Sementara itu, mata wang euro pula merosot ke paras paling lemah dalam sebulan pada 1.0900 berbanding dolar greenback yang lebih kuat.

Di sisi lain, dolar Aussie sedikit susut manakala dolar kiwi pula tergelincir lebih jauh selepas data menunjukkan pengurus perniagaan menjangkakan inflasi akan berkurangan dalam tempoh dua tahun akan datang.

Jangkaan inflasi masa depan boleh menjadi inflasi sebenar, terutamanya apabila pekerja cenderung untuk memacu gaji ke arah lebih tinggi apabila mereka percaya harga akan meningkat.

Di samping itu, dolar Kanada didagangkan mendatar di sekitar bawah paras rintangan 1.3500 berbanding US dolar pada carta USD/CAD, di tengah-tengah dagangan minyak mentah yang lebih lemah.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat