Menteri Kewangan Nyatakan Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Akan Meningkat Kepada 7.5% Pada 2021

229

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2021 dijangka akan berkembang sekitar 6.3% sehingga 7.5%.

Menurut Menteri Kewangan Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, unjuran tersebut bergantung kepada kejayaan berterusan Malaysia dalam menangani COVID-19, juga memacu dan memelihara eknomi ke arah pemulihan dan pertumbuhan.

Memandangkan Malaysia merupakan ekonomi terbuka, pertumbuhan ekonomi akan berbentuk U ataupun V, berdasarkan kepada faktor luaran seperti pemulihan rakan dagang utama, termasuk rantaian bekalan global.

Sementara itu, rekod KDNK bagi 2020 dijangka antara -3.8% hingga 0.5% oleh pelbagai agensi.

Manakala bagi pertumbuhan ekonomi negara pula, Bank Negara Malaysia (BNM) mengandaikan pertumbuhan ekonomi berada pada kadar antara -2% hingga 0.5%, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada kadar -3.8% dan Bank Dunia -3.1%.

Sepanjang sedekad yang lalu, pasaran modal telah berkembang 5.1% setiap tahun, bernilai lebih daripada RM3 trilion iaitu dua kali ganda daripada KDNK negara.

Tengku Zafrul memberitahu, Malaysia merupakan pasaran terbaik dalam kalangan negara ASEAN yang berkembang. Semalam, FBM KLCI hampir meraih RM200 bilion dalam permodalan pasaran.

Bagi jumlah keseluruhan aset, Malaysia menyaksikan pertumbuhan tahunan 9% kepada RM823 bilion pada akhir 2019, didorong oleh pelaburan dana unit amanah, pertumbuhan tahunan 8.7% sepanjang tahun yang sama dengan jumlah aset bersih RM482 bilion.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat