Menteri Kewangan Turki Pula Ditukar! Kekacauan Apa Lagi Ni?

522

Presiden Turki, Tayyip Endorgan menggantikan menteri kewangannya kepada Nureddon Nebati susulan perletakan jawatan Lutfi Elvan kerana tentangannya terhadap dasar kewangan Endorgan.

Pendekatan Endorgan untuk kadar faedah yang rendah bagi mengekang kenaikan inflasi di Turki telah mendorong mata wang lira ke paras terendah sepanjang masa pada bulan lepas.

Ini juga bertentangan dengan langkah yang diambil oleh bank pusat seluruh dunia yang mengetatkan dasar monetari ketika pemulihan ekonomi daripada pandemik coronavirus dan peningkatan inflasi.

Lutfi Elvan yang baharu sahaja memegang jawatan tersebut pada November 2020, sebelum ini telah menyeru kepada setiap institusi untuk melakukan tanggungjawabnya untuk meredakan kenaikan harga.

Sehari kemudian, Endorgan menyelar rakan-rakannya yang masih mempertahankan kadar faedah yang tinggi, dengan mengatakan, “Saya tidak boleh berada di jalan yang sama dengan pegawai-pegawai itu”.

Endorgan sering menegaskan pendiriannya bahawa kadar faedah yang tinggi menyebabkan kenaikan inflasi dan bukan untuk membendungnya.

Keputusan Endorgan untuk menurunkan kadar faedah sejak September telah mendorong hasil bon kerajaan yang diselaraskan dengan inflasi lebih rendah di bawah sifar, manakala harga pengguna meningkat kepada 19.9% pada bulan Oktober.

Ketika penulisan, mata wang lira Turki didagangkan berlehar di paras terendah pada 13.43 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat