Pasaran Matawang Kacau Bilau Sebab Turki!

30,584

Krisis matawang yang semakin meningkat di Turki tampaknya mendapat tumpuan pasaran pada hari ini selepas bank pusat mengumumkan penurunan kadar faedah.

Bank Puat Republik Turki (CBRT) telah mengurangkan kadar polisinya (one-week repo) sebanyak 100 mata asas kepada 15% walaupun kadar inflasinya meningkat hampir 20% pada bulan Oktober.

Angka itu adalah yang tertinggi pernah dicatatkan sejak Januari 2019 dan jauh melebihi sasaran bank pusat sebanyak 5%.

Keputusan ini dibuat susulan tekanan daripada Presiden Turki, Tayyip Erdogan yang berulang kali menggesa supaya bank pusat menurunkan kadar faedah.

Endorgan mengambil pandangan berbeza daripada yang lain, bahawa kadar yang lebih rendah adalah satu-satunya cara untuk mengekang lonjakan inflasi.

Walaupun begitu, beliau tidak keseorangan yang berpendapat sedemikian, memandangkan ketua bank pusatnya juga memberi bayangan untuk pemotongan seterusnya pada bulan depan.

Pemotongan kadar oleh CBRT telah mendorong matawang lira Turki jatuh menjunam ke paras terendah sepanjang masa, menyebabkannya didagangkan 11.11 berbanding US dolar.

Bank itu telah mengurangkan kadar faedah sebanyak 400 mata asas sejak September, mengakibatkan terhakisnya kredibiliti dasar monetari. Lira telah jatuh lebih 30% pada US dolar pada 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat