Meroket Laju! Axie Infinity (AXS) Merekodkan Jumlah Perdagangan Lebih $1 Bilion!

479

Axie Infinity (AXS) sekali lagi mencatatkan jumlah perdagangan kumulatif tertinggi dalam pasaran, $1 bilion pada Sabtu seperti yang didedahkan oleh pengasasnya melalui twit di laman Twitter:

Sebelum itu pada Jumaat, komuniti permainan berasaskan non-fungible token (NFT) ini telah meraikan 1 juta pengguna aktif harian.

Berdasarkan rekod DappRadar, ketika penulisan pasaran Axie mencatatkan keseluruhan jumlah perdagangan bernilai $1.128 bilion, menjadikan permainan ini berada kedudukan pertama dalam keseluruhan pasaran NFT.

Axie berjaya merekodkan peningkatan lebih 200% kepada nilai $781.768 juta dalam tempoh masa sebulan. Manakala harga token AXS meningkat hampir 154% kepada $42.56.

Mungkin masih ramai yang tidak tahu, Axie Infinity merupakan permainan berkonsepkan play-to-earn yang diinspirasikan oleh Pokémon dengan tawaran ganjaran dalam matawang kripto.

Buat masa sekarang, Axie sebenarnya masih di fasa internal alpha dan belum lagi dilancarkan di platform aplikasi biasa.

Pada masa yang sama, jumlah pengguna Axie direkodkan kurang daripada 1 juta memandangkan terdapat pemain yang memuat turun permainan tersebut tanpa bermain.

Adakah anda merupakan salah satu pemain Axie Infinity yang aktif?

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat