Mesin ATM Kripto Di Australia Lebih Banyak, Kalah El Salvador!

136

“Tu la orang kata kena jaga-jaga juga, jangan berada dekat zon selesa je.”

Australia berjaya menewaskan negara pertama yang menerima Bitcoin (BTC), El Salvador dengan melancarkan pemasangan ATM mata wang kripto sebanyak 216 sebelum memasuki tahun 2023.

Sebagai konteks, Presiden El Salvador, Nayib Bukele bertindak memasang lebih 200 ATM kripto di seluruh negara sebagai sebahagian daripada usaha negaranya untuk menjadikan BTC sebagai tender sah.

Langkah tersebut telah menjadikan El Salvador sebagai hab ATM kripto ketiga terbesar selepas Amerika Syarikat (AS) dan Kanada, namun kini negara itu tidak dapat mengekalkan kedudukannya apabila ATM Sepanyol serta Australia melebihi mereka.

Buktinya, Sepanyol memasang 215 ATM kripto pada Oktober 2022 dan meningkatkan lagi angkanya kepada 226.

Peningkatan berikut dimaklumkan telah menjadi penyebab El Salvador mendapat kedudukan sebagai hab kripto keempat terbesar tetapi takhtanya tidak dapat kekal lama apabila Australia dengan pantas mengatasi negara itu.

Secara keseluruhannya, Australia mencatatkan 219 ATM kripto pada 1 Januari 2023 selepas melancarkan 99 ATM tersebut tiga bulan sebelum 2022 sampai ke penghujungnya.

Dalam pada itu, jumlah ATM kripto di seluruh dunia adalah sebanyak 38,602, dimana sekitar 6,071 telah dipasang pada tahun 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat