Mesyuarat FOMC: Kadar Faedah AS Naik Ke Paras Tertinggi 22 Tahun

457

Seperti dijangka, Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke paras tertinggi 22 tahun pada julat 5.25%-5.50% pada mesyuarat FOMC Julai.

Bagaimanapun, ucapan susulan daripada Presiden Fed Jerome Powell dilihat gagal memberi petunjuk yang jelas untuk hala tuju dasar bank pusat seterusnya.

Mari teliti rincian daripada kenyataan Powell susulan keputusan tersebut.

  • Fed belum mempertimbangkan sebarang keputusan untuk mesyuarat akan datang, tapi ia akan kekal bergantung kepada data.
  • Fed akan terus kurangkan pegangan sekuriti dengan kadar pantas.
  • Powell tidak melihat sebarang pemotongan kadar pada tahun ini dan tidak komited tentang bila ia mungkin berlaku.
  • Data inflasi terbaru lebih baik daripada jangkaan tetapi Fed mahu berhati-hati daripada terlebih memberi reaksi pada satu bacaan sahaja.
  • Fed tidak melihat inflasi akan kembali ke sasaran 2% sehingga 2025 dan masih komited sepenuhnya kepada sasaran ini.
  • Powell mahukan inflasi teras untuk turun kerana ia masih meningkat.
  • Fed percaya dasar monteri semasa adalah terhad dan menekan inflasi dan aktiviti ekonomi.
  • Para penggubal dasar Fed tidak lagi meramalkan kemelesetan. 
  • Powell berpendapat Fed boleh mencapai soft-landing dalam ekonomi, senario di mana inflasi jatuh, pengangguran kekal secara relatifnya rendah dan kemelesetan dapat dielakkan.
  • Pasaran buruh kekal ketat, di mana terdapat beberapa tanda kemajuan dalam sektor ini tetapi permintaan jauh melebihi bekalan.
  • Sektor perbankan kekal kukuh dan berdaya tahan.

Secara pandangan kasarnya, Fed cenderung ke arah sedikit hawkish, tetapi pada masa yang sama Powell juga lebih berhati-hati dalam menawarkan kenyataannya.

Namun, penganalisis masih melihat bahawa Fed semakin menghampiri penghujung kitaran pengetatannya walaupun Powell tidak memberi petunjuk yang jelas mengenainya.

Buat masa ini, tiada kenaikan kadar faedah dijangkakan berlaku pada mesyuarat September oleh pasaran, namun data-data ekonomi yang seterusnya akan menentukannya.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat