Menteri Ekonomi Mexico berkata bahawa perlaksanaan tarif keatas barangan Amerika Syarikat merupakan pelan B yang akan digunakan oleh Mexico.
Tindakan ini akan diambil oleh negara berkenaan sekiranya Mexico dan Amerika Syarikat gagal mencapai sebarang persefahaman bagi membentuk sebarang perjanjian yang menguntungkan kedua-dua buah negara.
Menteri Ekonomi Ildefonso Guajardo berkata demikian kepada agensi penyiar berita tempatan, Televisa. Beliau juga menjangkakan bahawa rundingan semula NAFTA bersama-sama dengan AS dan Kanada akan dimulakan pada musim panas ini. Sebarang keputusan yang melibatkan perjanjian tersebut dijangka akan diadakan pada penghujung tahun ini.
Jobless Claims di Amerika Meningkat 6,000 Orang


















































