Jobless Claims di Amerika Meningkat 6,000 Orang

51

Jabatan Buruh US melaporkan peninigkatan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) sebanyak 6,000 kepada 244,000 bagi minggu berakhir pada 17 Februari berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 238,000 tuntutan.

Data yang dikeluarkan ini lebih tinggi dari jangkaan penganalisis sebanyak 241,000 jumlah tuntutan pengangguran.

Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims.

Tuntutan atau permohonan faedah pengangguran berada di bawah 300,000 untuk 103 minggu berturut-turut yang paling lama sejak tahun 1970.

Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang pertumbuhan ekonominya banyak disumbangkan oleh perbelanjaan domestik. Bagi meningkatkan perbelanjaan domestik, pasaran buruhnya mestilah dalam keadaan optimum. Untuk melihat keadaan optimum dalam pasaran buruh, kadar pengangguran haruslah berada di bawah dan tidak melebihi 5%.

Harus diingat data-data pekerjaan bagi negara seperti US adalah sangat penting bagi menentukan ekonomi US sedang berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya

Sepertimana pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga tidak kurang pentingnya kerana ia juga menggambarkan keadaan pasaran buruh semasa di US.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat