Miami Lancarkan Matawang Kripto MiamiCoin (MIA), Tawar Ganjaran Dalam Bitcoin (BTC)

551

Miami melancarkan matawang kriptonya, MiamiCoin (MIA) pada 3 Ogos 2021, mengikut waktu Miami.

Penubuhan MIA sedikit sebanyak akan membantu pendapatan bandar, termasuk mengembangkan ekonominya.

MiamiCoin merupakan token pertama yang dilancarkan di bawah projek CityCoin, sebuah usaha yang membenarkan orang ramai untuk melabur kepada bandar itu melalui pembelian dan perlombongan token tersebut.

Menariknya lagi, CityCoin dengan kerjasama kerajaan tempatan menawarkan Bitcoin (BTC) atau Stacks (STX) bagi sesiapa yang membuat pelaburan untuk Miami. STX merupakan koin natif Stacks yang digunakan untuk pembangunan aplikasi dan kontrak pintar di blockchain Bitcoin.

Sesiapa sahaja boleh melombong MIA (atau mana-mana koin baru di bawah projek CityCoin kelak). Setiap token yang dilombong dan mencapai jumlah yang banyak, sebahagiannya akan dimasukkan ke dalam simpanan ekonomi Miami.

Melalui pendapatan tersebut, ia akan digunakan untuk membangunkan bandar itu, misalnya pembangunan atau pembaikan infrastruktur.

Datuk Bandar, Francis Suarez sebelum ini ada menyuarakan harapannya untuk menjadikan Miami sebagai hub untuk firma awal teknologi dan kripto. Malah, bandar Florida juga sangat mengalu-alukan pelombong Bitcoin Cina.

MIA akan tersedia di beberapa pertukaran kripto bermula hari ini (tidak dipastikan jam berapa) dan senarai pertukaran yang terlibat akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat