Minggu Genting Buat Pasaran, Simposium Jackson Hole Curi Tumpuan

379

Pelabur terus memperkukuhkan pegangan terhadap raja mata wang US dolar pada awal minggu ketika tumpuan kini beralih kepada simposium Jackson Hole di Wyoming selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu.

Simposium ekonomi Jackson Hole merupakan acara tahunan yang membenarkan perbincangan terbuka tentang isu ekonomi, saham dan mata wang dunia. Kebiasaannya Federal Reserve (Fed) akan memberi petunjuk mengenai dasar monetari pada simposium ini.

Pada sesi Asia, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan mata wang utama didagangkan kukuh pada 108.23, paras ketinggian enam minggu.

Ucapan Pengerusi Fed, Jerome Powell adalah yang paling dinanti-nantikan pelabur di mana beliau mungkin akan memberi isyarat mengenai kenaikan kadar faedah dan berapa lama mereka perlu mengekalkan kadar yang tinggi untuk menurunkan inflasi.

Selain itu, pelabur juga akan diperlihatkan dengan bacaan awal pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat untuk suku kedua yang dianggarkan mencatatkan penguncupan.

Dalam pada itu, tumpuan pelabur turut terarah kepada pengeluaran data PMI pembuatan dan perkhidmatan dari Zon Eropah dan UK untuk bulan Ogos pada Selasa.

Menjelang penerbitan data tersebut, mata wang euro menyusut ke paras terendah satu bulan dengan pergerakan harga menghampiri tahap pariti harga (€1=$1). Sementara dagangan pound pula kekal suram di tahap terlemah satu bulan berbanding US dolar.

Beberapa tumpuan juga diberikan buat mata wang Asia, dolar Aussie dan New Zealand yang kini kekal diperdagangkan lebih rendah berbanding US dolar yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat