Mining Pool Ethereum Kedua Terbesar Dunia Hentikan Operasinya!

1,901

Mining pool Ethereum kedua terbesar di dunia, Sparkpool telah menghentikan operasinya susulan daripada hentaman China terhadap sektor kripto baru-baru ini.

Jelasnya dalam kenyataan rasmi pada Ahad, sekatan akses tersebut melibatkan pengguna baharu China sebagai tanda akur dengan keputusan kerajaan China yang mengharamkan perdagangan kripto di negara itu.

Malah, mereka tidak mahu penggunanya terdedah dengan risiko dan mahu memastikan keselamatan aset pengguna berdasarkan tuntutan dasar penyeliaan yang digariskan China.

Tindakan Sparkpool sama seperti yang diambil oleh Binance dan Huobi semalam, membatalkan kesemua pendaftaran baharu pengguna China.

Sparkpool tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menyambung semula operasi. Sebaliknya mahu meluaskan sekatan terhadap mining pool yang sedia ada bagi pengguna China luar negara pada Khamis ini pula.

Untuk pengetahuan, Sparkpool dilancarkan di China pada 2018 sebelum menjadi mining pool kedua terbesar dunia untuk perlombongan Ethereum (ETH) selepas Ethermine kekal menjadi mining pool ETH terbesar dunia.

Ketika penulisan, Sparkpool menghasilkan sebanyak 19.7% hash rate Ethereum seluruh dunia, berbanding Ethermine jauh lebih tinggi dengan rekod 23.7%.

Ethereum mencatatkan nilai dagangan semasa $2,941 dengan penyusutan sebanyak 6.49% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat