Minit Mesyuarat RBA, Pasaran Pekerjaan Australia Masih Mencabar

39

Rizab Bank Australia (Reserve Bank of Australia, RBA) menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara ini akan terus suram sebelum mendapat momentumnya semula, dalam minit mesyuarat yang dikeluarkan pada Selasa berdasarkan mesyuarat yang telah dibuat pada 6 Disember.

Minit mesyuarat itu menyatakan, “pertumbuhan pada hujung tahun ini dijangka susut sebelum naik semula kepada potensi tahap yang boleh dicapai, disokong oleh kadar faedah yang rendah dan kadar tukaran matawang yang rendah sejak 2013”.

Pembuat polisi dalam RBA juga berpendapat pertumbuhan ekonomi atau KDNK (Keluaran dalam negara kasar) dijangka rendah berbanding jangkaan yang telah dibuat pada November, tetapi pihak RBA masih kekurangan data untuk menentukan potensi yang akan dibawa oleh kelemahan pertumbuhan ini.

Data KDNK (GDP) yang dikeluarkan sebelum ini menunjukkan pertumbuhan Australia susut begitu banyak pada suku ketiga yang mampu membawa ekonomi kepada kemelesetan pertama sejak 25 tahun lalu.

KDNK (GDP) jatuh sebanyak 0.5% pada September berikutan pengeluaran (output) yang melemah di beberapa sektor seperti eksport, peorbelanjaan awam dan pelaburan swasta. Penganalisis mengatakan ekonomi dilihat konsisten dengan pasaran buruh yang lemah tahun ini.

Pada mesyuarat baru-baru ini, RBA mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar faedah (cash rates) di paras 1.5%.

Pembuat polisi RBA menjangka ekonomi akan menguat semula berikutan kejatuhan dalam aktiviti galian (mining) semakin berkurangan, akan memperbaiki KDNK (GDP) semula dari masa ke semasa.

Dalam sektor pekerjaan, pekerjaan sepenuh-masa semakin meningkat dalam beberapa bulan ini yang memberi keyakinan kepada pasaran pekerjaan Australia. Secara keseluruhan, pertumbuhan dalam sektor pekerjaan adalah perlahan sejak beberapa tahun ini walaupun kadar pengangguran semakin berkurang dan lonjakan dalam pekerjaan sambilan.

Pasaran pekerjaan Australia menambah 39,100 pekerjaan bulan lalu yang dilaporkan minggu lepas berbanding lonjakan kepada 39,300 dan 41,500 pada bulan sebelum itu. Kadar pengangguran pula berada di paras 5.7%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat