Minit RBA: Kenaikan Kadar Faedah ‘Mungkin’ Berlaku Tahun Ini

224

Bank Pusat Australia (RBA) mengatakan perang Ukraine-Rusia berpotensi menyebabkan peningkatan inflasi yang berterusan lebih lama dan mengaburkan prospek ekonomi, menurut minit mesyuarat yang dikeluarkan pada sesi Asia.

Perang di Ukraine dan kenaikan harga tenaga yang berkaitan telah mewujudkan ketidaktentuan tambahan. Isu utama adalah sama ada pelarasan harga baru-baru ini mewakili lonjakan sekali sahaja dalam tahap harga atau permulaan kepada kenaikan yang berterusan.

Walaupun begitu, Gabenor Philip Lowe menggunakan nada yang lebih hawkish dengan mengatakan kenaikan kadar adalah munasabah pada tahun ini kerana serangan Rusia ke atas Ukraine meningkatkan risiko untuk lonjakan inflasi lebih tinggi dan mengubah pandangan terhadap harga pengguna.

Selain itu, faktor kepada jangkaan tersebut turut didorong oleh ekonomi negara yang sudah pulih dengan kadar pengangguran yang rendah dan pengukuhan dalam perbelanjaan pengguna.

Bagaimanapun, tidak seperti bank pusat lain yang sedang bergelut bagi membendung inflasi, RBA mengatakan ia masih mempunyai masa unuk melihat perkembangan lebih lanjut.

Bank pusat itu bersedia untuk bersabar selain turut memantau bagaimana faktor-faktor yang mempengaruhi inflasi di Australia berkembang.

Secara keseluruhannya, kadar faedah dikekalkan di paras terendah pada 0.10% dan RBA dilihat lebih hawkish mengenai kemungkinan bahawa kenaikan kadar faedah boleh berlaku pada tahun ini.

Meskipun begitu, dolar Aussie gagal memberi reaksi terhadap minit yang dikeluarkan, sebaliknya terus melemah disebabkan pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat