Minyak Mentah ‘Berehat’ Dari Teruskan Kenaikan

159

Minyak mentah sedikit menyusut pada sesi Asia tetapi kekal stabil di paras tertinggi tiga bulan selepas beberapa kawasan di Shanghai kembali melaksanakan langkah kawalan Covid-19 mencetuskan kebimbangan bahawa permintaan akan terjejas.

Namun, kebimbangan tersebut tidak cukup untuk mengheret komoditi hitam itu lebih rendah, memperlihatkan WTI Amerika Syarikat didagangkan sedikit susut pada $120 setong ketika sesi Asia, manakala Brent pula  turun pada $122 setong.

Susulan peningkatan yang dicatatkan minggu ini, dagangan minyak Brent berada di landasan untuk kenaikan mingguan keempat berturut-turut sementara WTI AS pula menuju keuntungan mingguan ketujuh berturut-turut.

Bandar Shanghai melaporkan satu lagi daerah ditutup pada hari Khamis untuk ujian coronavirus secara besar-besaran selepas menyaksikan lonjakan kes berikutan pembukaan semula bandar itu minggu lalu.

Dalam pada itu, pengukuhan harga minyak turut dihadkan oleh US dolar yang terus didagangkan lebih tinggi menjelang penerbitan data inflasi.

Bagaimanapun, permintaan petrol musim panas yang semakin meningkat di Amerika Syarikat membantu menyokong dagangan minyak mentah untuk bertahan di sekitar paras ketinggian bulanan.

Walaupun Amerika dan negara lain telah berpakat dalam beberapa siri pelepasan minyak dari rizab kecemasan mereka, tetapi kesan yang diperoleh terhadap bekalan adalah terhad.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat