Minyak Mentah Melonjak, Perhatian Terarah Kepada Mesyuarat OPEC Khamis Ini

37

Kombinasi antara keyakinan kepada mesyuarat OPEC dan juga pengukuhan matawang Euro secara keseluruhan telah memberi sokongan kepada harga minyak mentah terus naik ke paras tertinggi sebulan lalu.

Data terbaru dari Baker Hughes merekodkan kenaikan 18-minggu beruturt-turut dalam jumlah pelantar yang mengekalkan spekulasi peningkatan pengeluaran minyak di US. Tetapi berita ini gagal menggoyahkan harga komoditi hitam yang kini dikuasai sentimen lanjutan pemotongan bekalan.

Harga minyak mentah terus disokong oleh jangkaan lanjutan pemotongan bekalan oleh OPEC sehingga sembilan bulan dalam mesyuarat Khamis ini.

Terdapat juga spekulasi bahawa jumlah pemotongan itu akan ditingkatkan dalam usaha mengurangkan inventori global lebih pantas.

Data COT (Commitment of traders) pula merekod kejatuhan kecil dalam kuantiti pembelian di NYMEX yang merupakan kejatuhan keempat berturut-turut tetapi perubahan masih kecil minggu ini.

Pada Isnin, terdapat komen dari Oman yang menyokong pelanjutan pemotongan bekalan minyak yang akan meningkatkan lagi sentimen dalam pasaran ini. Keseluruhannya, keyakinan dalam pemotongan terus kukuh yang menyokong komoditi hitam.’

Namun, masih terdapat keraguan sama ada pemotongan ini efektif atau sebaliknya khususnya dengan jangkaan bahawa OPEC dan non-OPEC akan mencari jalan lain untuk mengekalkan eksport mereka.

Faktor kelemahan US dolar juga memberi sokongan yang signifikan kepada pasaran ini. Kini minyak WTI (West Texas Intermediate) didagang melebihi paras $51 setong, manakala minyak Brent (Brent-oil) kini didagang di sekitar $54 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat