Minyak Mentah Terus Kukuh, OPEC+ Akan Kekalkan Pengeluaran?

285

Sentimen pasaran terus menyokong harga minyak untuk mencatatkan peningkatan lebih 1% pada pembukaan dagangan awal minggu, mengekalkan kedudukannya di paras ketinggian hampir 7 tahun yang dicapai sebelum ini.

Memasuki sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent melonjak 1.2% kepada $91.20 setong, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan kuat pada $87.88 setong.

Kedua-dua penanda aras telah menyentuh paras ketinggian terbaharu sejak Oktober 2014 pada Jumaat, di mana masing-masing mencapai harga $91.70 setong dan $88.84 setong.

Tumpuan pasaran kini beralih pula kepada mesyuarat bulanan Pertubuhan Pengeksport Petroleum Negara (OPEC) dan sekutunya Rusia, yang dikenali sebagai OPEC+ pada minggu ini.

OPEC+ dijangka akan tetap dengan pengeluaran semasa yang dilaksanakan sejak Ogos tahun lepas, iaitu dengan tambahan sebanyak 400,000 tong sehari.

Sementara itu, peningkatan harga semasa membuatkan penganalisis melihat bahawa harga minyak telah menunjukkan tanda-tanda ‘overheating‘ berikutan jangkaan kekurangan petroleum yang teruk tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat