Mission Accomplished Covid! AstraZeneca Fokus Pulih Kanser Menjelang 2030

135

‘Risiko besar dan laluan penuh panca-roba dipilih bagi memastikan kejayaan syarikat.’

Dengan situasi coronavirus memulih di seluruh dunia, syarikat farmaseutikal AstraZeneca Plc rancang untuk menggandakan portfolio bagi merawat kanser.

Perkara ini dapat dilihat pada zahirnya dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pascal Soriot mengambil risiko beralih ke bidang onkologi* untuk memulihkan pertumbuhan selain menangkis persaingan dari Pfizer Inc.

*cabang perubatan berkaitan kajian, rawatan, diagnosis dan pencegahan kanser.

Sebagai makluman, syarikat dari United Kingdom (UK) tersebut telah menambah 7 jenis perubatan kanser baharu sejak 2014 bagi merawat tumor di paru-paru, ovari dan darah.

Ketika persidangan kanser terbesar di Eropah minggu lepas, Soriot memaklumkan hala tuju baru syarikat tersebut dengan menyasarkan untuk menjadi peneraju rawatan kanser menjelang 2030.

Selari dengan rancangan tersebut, AstraZeneca akan muncul sebagai pesaing baharu dalam pasaran perubatan kanser.

Ini bermakna syarikat perlu berentap dengan McKinsey & Co, yang dianggarkan bernilai $143 bilion pada 2019, serta beberapa peneraju lain termasuk Bristol Myers Squibb Co, Roche Holding AG dan Merck & Co.

Dalam pada itu, sebuah lagi syarikat perubatan kecil UK iaitu GSK Plc sedang menyusuri jalan kejayaan AstraZeneca.

GSK dikatakan telah mula menjual produk kansernya 7 tahun lalu kepada Novartis AG dalam perjanjian yang memperkukuhkan perniagaan vaksin dan kesihatan mereka.

Dikatakan bermula 5 tahun lepas pula GSK telah melakukan percubaan onkologinya dengan mengupah veteran industri iaitu bekas CEO AstraZeneca, Luke Miels.

Setakat penulisan ini saham AstraZeneca didagangkan pada £102.93.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat