Misteri Terungkai, Juruterbang MH370 Sengaja Bunuh Diri?

3,639

Kehilangan pesawat jet penumpang Boeing 777, yang hilang dari skrin radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang, terus mencetuskan tanda tanya kepada pakar penerbangan, ahli keluarga, rakan dan orang dari seluruh dunia.

Selain itu, operasi terakhir pencarian pesawat berkenaan telah pun berakhir pada Mei 2018 apabila sebuah syarikat penerokaan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mencari pesawat berkenaan setelah menjalankan operasi pencarian dari 112,000 km2 di dasar laut dalam tempoh lebih daripada 3 bulan.

Pada Julai 2018, Pasukan Siasatan Keselamatan MH370 menyimpulkan bahawa mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan pesawat malang berkenaan dan berkemungkinan terdapat unsur sabotaj dalam kejadian berkenaan.

Juruterbang yang mengendalikan MH370 didakwa telah mematikan radar pesawat berkenaan pada jam 1:21 pagi. Sebelum itu, beliau dikatakan memberikan ucapan selamat malam kepada kawalan lalu lintas udara.

Setelah itu, data satelit menunjukkan MH370 telah berpatah balik ke Selat Melaka kemudian menuju ke Lautan Hindi Selatan.

Sehingga kini, hanya 3 serpihan sayap yang ditemui telah disahkan sebagai milik MH370.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott telah mendedahkan bahawa kerajaan Malaysia mempercayai bahawa tragedi berkenaan dikategorikan sebagai jenayah bunuh diri.

Dalam sebuah dokumentari berjudul ‘MH370 : The Untold Story’ yang akan disiarkan di Australia pada malam ini, Abbott menyatakan bahawa kapal terbang tersebut sengaja dijatuhkan oleh juruterbangnya iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat