Mohamed El-Erian Dipertimbangkan Sebagai Naib Pengerusi Federal Reserve U.S.

41

Kerajaan Amerika Syarikat mempertimbangkan Mohamed El-Erian sebagai Naib Pengerusi Federal Reserve seperti yang dilaporkan oleh CNBC pada Selasa.

El-Erian ketika ini menjawat jawatan sebagai Ketua Penasihat Ekonomi di Allianz Bank yang mempunyai pengalaman luas dalam jawatan tersebut termasuk semasa beliau berkhidmat di syarikat pengurusan dana Pimco.

El-Erian berkemungkinan akan menduduki kerusi yang ditinggalkan oleh Stanley Fischer yang meletak jawatan pada Oktober. El-Erian akan menjadi orang nombor dua di bawah Jerome Powell. Presiden Trump sebelum ini telah memilih Powell sebagai pengganti Janet Yellen pada Februari 2018 selepas penggal Yellen berakhir.

Proses pencarian Naib Pengerusi Fed yang baru telah bermula, dan mungkin hanya akan diumumkan tahun depan.

Ini bukanlah kali pertama nama El-Erian dinaikkan untuk menjawat jawatan penting di luar industri pelaburan. Pada 2012, beliau juga pernah disebut-sebut sebagai individu yang berpotensi menjawat jawatan Perdana Menteri untuk negara kelahirannya Mesir.

“El-Erian akan membawa pemahaman yang lebih mendalam tentang pasaran kewangan ke dalam Federal Reserve dan bagaimana interaksi polisi dengan pasaran,” kata Krisha Guha, Ketua polisi global dan strategi bank pusat di Evercore ISI.

Guha menilai El-Erian sebagai seorang yang sedikit-hawkish dalam polisi monetari, bermaksud beliau lebih cenderung kepada kadar faedah tinggi dan juga pengurangan penyata imbangan yang lebih pantas.

Selain daripada El-Erian, White House juga mempertimbangkan pencalonan Michelle Bowman seorang regulator perbankan di Kansas sebagai Gabenor The Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat