Mungkin Ini Petunjuk Yang Anda Cari Dari RBA

189

Tumpuan pasaran sesi Asia hari ini terarah kepada penerbitan laporan minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) selepas mengekalkan kadar faedah di tahap terendah 0.10% pada mesyuarat polisi awal bulan ini.

Para penggubal dasar terus mengulangi kenyataan bahawa bank pusat bersedia untuk melakukan lebih banyak perkara sekiranya diperlukan dengan memfokuskan kepada program pembelian bon.

Selain itu, bank pusat juga akan mengkaji ukuran program pada mesyuarat yang akan datang dan kesannya terhadap ekonomi.

Para penggubal dasar juga bersetuju bahawa sokongan dasar yang besar akan diperlukan untuk jangka masa yang panjang berikutan pemulihan ekonomi yang dilihat tidak sekata dan bergelora.

Sehubungan daripada itu, RBA dijangka tidak akan meningkatkan kadar faedah sekurang-kurangnya tiga tahun dan sehingga inflasi berada di julat sasaran 2-3% secara berterusan.

Di samping itu, bank pusat juga bersedia untuk membeli bon dalam jumlah yang diperlukan untuk mengekalkan sasaran hasil 3 tahun RBA.

Nilai matawang Australia turut menjadi perhatian penggubal dasar, yang mengatakan bahawa pelonggaran dasar terkini telah menjadikan dolar Aussie lebih rendah daripada yang biasanya berlaku.

Pada sesi Asia, dolar Aussie sedikit susut namun kekal didagangkan menguat di sekitar paras ketinggian 2 setengah tahun berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat