Nak Tahu Apa Jerome Powell Cakap Sampai USD Junam Teruk?

1,610

Keputusan mesyuarat polisi FOMC menepati jangkaan pasaran selepas mereka memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 0.00-0.25% dan meningkatkan pembelian bon.

Federal Reserve (Fed) akan terus meningkatkan pegangan bon perbendaharaan sekurang-kurangnya $80 bilion sebulan dan sekuriti yang disokong gadai janji sekurang-kurangnya $40 bilion sebulan sehingga kemajuan yang lebih besar telah dicapai terhadap pekerjaan dan inflasi.

Pengerusi Fed, Jerome Powell dalam kenyataan susulan beliau awal pagi tadi memberitahu bahawa bank pusat mempunyai kemampuan untuk membeli lebih banyak bon dan kekal terbuka untuk meningkatkan ukuran pembelian aset mengikut kesesuaian.

Sementara itu, dalam unjuran ekonomi terbaru, bank pusat mengurangkan jangkaan penyusutan ekonomi AS yang dijangka menguncup 2.4% daripada penguncupan 3.7% yang dilihat pada bulan September.

Fed juga meningkatkan jangkaan bahawa ekonomi AS akan berkembang pada kadar yang lebih cepat pada tahun 2021 dengan pertumbuhan sebanyak 4.2% berbanding jangkaan 4% sebelum ini dan pada tahun 2022 pula ekonomi meningkat 3.2% daripada 3%.

Selain itu, unjuran untuk kadar inflasi pula dilihat tidak berubah pada 1.2% untuk tahun 2020, sementara pada tahun depan pula, inflasi meningkat sedikit pada 1.8% dan pada tahun 2022, naik 1.9%.

Hasil perbendaharaan 10 tahun meningkat selepas kenyataan susulan dari Fed ke sekitar 0.94% sehingga mendorong lonjakan buat US dolar, namun kembali menjunam lebih rendah selepas pasaran menghadam kenyataan bank pusat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat