Nasib Baik Rusia Cakap Macam Tu, Boleh La Harga Minyak Naik

611

Harga minyak didagangkan stabil setelah meningkat pada sesi sebelum ini yang disokong oleh kenyataan positif daripada Presiden Rusia, Vladimir Putin mengenai pengeluaran minyak mentahnya.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent menokok kepada $42.47 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula didagangkan tidak berubah pada $40.64 setong ketika sesi Asia.

Putin mengatakan bahawa Rusia tidak melihat perlunya pengeluar minyak utama mengubah kesepakatan pemotongan pengeluaran, tetapi tidak menolak untuk melanjutkan rekod pengurangan minyak jika diperlukan.

Kenyataan positif itu adalah petunjuk paling jelas setakat ini dari Russia sebagai salah satu pengeluar minyak utama dunia, bahawa ia bersedia untuk meningkatkan pengurangan pengeluaran untuk membantu kestabilan dalam pasaran yang dijejaskan oleh kelemahan permintaan berikutan wabak Covid-19.

Sementara itu, peningkatan berterusan kes Covid-19 di Eropah dan Amerika Syarikat terus memberi kesan kepada dagangan komoditi hitam berikutan sekatan terbaru yang dilaksanakan akan menekan permintaan terhadap bahan bakar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat