Negara Eropah Cemas Bekalan Vaksin COVID-19 Tak Cukup!

245

Negara Kesatuan Eropah (EU) berhadapan dengan krisis kekurangan vaksin COVID-19, Remdesivir ekoran daripada bekalan yang terhad.

Menurut sumber rasmi, bekalan yang diterima tidak memadai dengan lonjakan kes setiap hari, termasuk hampir majoriti bekalan vaksin hasil usaha Gilead itu dibeli oleh Amerika Syarikat (AS).

Tidak seluruh negara EU berhadapan dengan krisis tersebut memandangkan pembahagian vaksin yang diterima adalah berdasarkan jumlah kes wabak dan kadar pesakit di hospital.

Poland dan Sepanyol misalnya, antara negara yang kehabisan stok vaksin berikutan kadar jangkitan yang paling tinggi berbanding negara EU yang lain. Manakala bekalan vaksin di German masih lagi mencukupi.

Untuk pengetahuan, Sehingga Julai, dikatakan bekalan vaksin yang dimiliki berupaya untuk merawat 30,000 pesakit daripada 500 juta populasi, gabungan 27 negara Eropah termasuk Britain.

Walau bagaimanapun, dilaporkan bekalan baru akan diterima tidak lama lagi.

Eropah cuma membenarkan penggunaan Remdesivir dan dexamethasone yang mana kedua-dua penawar tersebut menunjukkan hasil positif terhadap kes kritikal COVID-19.

Pihak eksekutif EU sedang berusaha untuk mendapat persetujuan daripada Gilead yang dilaporkan berlaku sekitar akhir September hingga awal Oktober bagi mengelakkan jeda bekalan.

Gilead juga melipat gandakan usaha mereka dalam penghasilan vaksin dengan harapan bukan sahaja dapat memenuhi permintaan AS tetapi juga dapat memenuhi tuntutan seluruh dunia, setidak-tidaknya pada Oktober.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat