New Zealand Dedah Perbelanjaan Tinggi Diperlukan Untuk Pemulihan Ekonomi

308

New Zealand akhirnya mendedahkan negara itu memerlukan dana yang tinggi melebihi bajet yang dianggarkan iaitu NZ$50 bilion dalam usaha memulihkan semula ekonomi negara. Namun, jumlah tersebut mungkin masih tidak mencukupi untuk menampung kerugian yang dialami oleh perniagaan dan masalah kehilangan pekerjaan.

Pada April lalu, New Zealand secara rasminya telah bebas dari wabak coronavirus apabila Perdana Menteri, Jacinda Ardern mengumumkan kemenangan mereka memerangi wabak coronavirus yang menular dan menyebabkan kelumpuhan ekonomi di negara tersebut selama lima minggu tempoh perintah kawalan pergerakan.

Menteri Kewangan, Grant Robertson menyifatkan perbelanjaan tersebut merupakan perbelanjaan terbesar dalam sejarah negara dan memberi amaran kos tersebut tidak menjaminkan kestabilan ekonomi untuk jangka masa yang panjang. Ekonomi negara masih boleh susut dan masalah pengangguran juga akan meningkat.

Perbelanjaan itu turut merangkumi beberapa perkara yang melibatkan pemulihan infrastruktur, penjagaan kesihatan, perumahan dan kenaikan subsidi gaji.

Roberstson turut menjelaskan NZ$50 bilion merupakan dana yang akan digunakan untuk jangka masa empat tahun akan datang dan NZ$30 bilion telah digunakan bagi tahun ini.

Perbelanjaan tersebut walau bagaimanapun berisiko bagi defisit fiskal dan peningkatan hutang negara sehingga kemuncak Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu 53.6% pada 2023 dan 2024, melebihi target 15-25% KDNK. Manakala KDNK bagi 2020 dilihat pada kadar -4.6% dengan peningkatan sederhana menjelang 2022.

Kejayaan PM Adern dalam menangani isu COVID-19 mendapat perhatian dunia dengan 21 kes kematian bagi negara tersebut, mencatatkan antara kematian terendah di dunia. Namun, Ardern masih berdepan dengan isu untuk menghidupkan semula ekonomi bernilai $200 bilion yang kebanyakkannya bergantung kepada perdagangan dan pelancongan. Kedua-dua industri itu dijangka akan mengalami peningkatan perlahan apatah lagi dengan masalah pengangguran yang melanda.

Terbaru dilaporkan kebanyakkan premis perniagaan seperti pusat membeli-belah, kedai gunting rambut, dan restoran sudah mula dibenarkan untuk beroperasi sepenuhnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat