News & Sentimen Penggerak ‘Eur/Usd’ Minggu Ini

66

Minggu lalu Eur/Usd didagang melebihi paras ‘resistance’ 1.0800 pada awal minggu tersebut sebelum menjunam sehingga 1.0652 ketika ini. Kegagalan pasangan matawang ini meneruskan dagangan di atas paras harga tersebut diikuti dengan kejatuhan empat hari berturut-turut.

Eur/Usd sebelum ini merekodkan kenaikan empat minggu berturut-turut sebelum kejatuhan minggu lepas memadam 60% kenaikan empat minggu tersebut.

Ada banyak faktor fundamental yang memberi kesan kepada Eur/Usd. Kenaikan hari pertama minggu lalu disebabkan kegagalan polisi kesihatan Trump yang mengurangkan keyakinan terhadap pentadbiran baru AS bagi membuat perubahan cukai di negara tersebut. Namun, US dolar memulih semula pada Isnin diikuti dengan pasaran ekuiti Amerika Syarikat sehingga membentuk pinbar di time-frame Daily Eur/Usd.

Secara keseluruhan, ahli-ahli FOMC pada minggu lalu dilihat sedikit hawkish walaupun pendapat mereka bercampur-campur.

Minggu ini ada beberapa kalendar ekonomi yang akan menjadi fokus pasaran. The Fed akan mengeluarkan minit mesyuarat Mac pada Khamis 2 pagi, dan pasaran dijangka akan mendapat lebih maklumat pada hari tersebut. Pasaran sebenarnya mengharapkan kenaikan kadar yang lebih pantas tetapi kecewa pada mesyuarat sebelum ini apabila The Fed hanya meramal tiga kali kenaikan sahaja tahun ini.

Apa yang menambah ketidaktentuan bagi Eur/Usd adalah pilihanraya Perancis bulan ini dan dijangka semakin volatile (turun-naik) menjelang undian pusingan pertama pada 23 April.

Minggu ini, satu lagi data penting dari AS ialah data pekerjaan ‘Non-Farm Payroll‘ (NFP) pada Jumaat. Pasaran pekerjaan AS telah menunjukkan pengukuhan konsisten yang memberi keyakinan kepada The Fed menaikkan kadar. Namun, data kali ini akan berfokus kepada data gaji pekerja (Average Hourly Earnings) yang digunakan untuk menganggar kadar inflasi.

Berikut merupakan kalaendar ekonomi yang akan memberi impak kepada Eur/Usd minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat