Indeks pembuatan UK (UK Markit PMI Manufacturing Index) susut kepada 54.4 pada Mac dari 54.5 pada Februari yang telah dikaji semula. Bacaan kali ini kurang dari jangkaan 54.6 dan merupakan bacaan terendah dalam masa emapt bulan. Walaubagaimanapun indeks ini masih jauh lebih tinggi dari bacaan purata jangka panjang 51.6.
Peningkatan pengeluaran semakin perlahan ke paras rendah lapan bulan lalu yang disebabkan kelemahan dalam barangan pengguna. Namun, terdapat bukti peningkatan dalam pelaburan dan barangan perantaraan.
Keyakinan dalam perniagaan di UK pula meningkat ke paras tertinggi 10 tahun lalu, di mana tempahan eksport juga semakin mengukuh dengan matawang GBP begitu kompetitif ketika ini. Komponen pekerjaan juga mengukuh pada Mac pada kadar terpantas sejak 18 hulan lalu.
Walaubagaimanapun, sektor pengguna dilihat semakin perlahan yang menunjukkan perbelanjaan pengguna yang semakin lemah.
Pengukuhan dalam barangan perantaraan dan pelaburan pula akan meningkatkan keyakinan dalam ekonomi dalam jangka masa sederhana yang akan menjadi faktor positif dalam struktur ekonomi.
Matawang Gbp melemah selepas data ini dikeluarkan pukul 4.30 petang Isnin, dengan Gbp/Usd susut hampir 45 pip.
Manakala data sama bagi Zon-Eropah pula meningkat kepada 56.2 dari 55.4 yang direkodkan sebelum ini dan merupakan bacaan tertinggi 71 bulan lepas.