News & Sentimen Usd/Jpy Minggu Ini (13-17 Februari)

41

Usd/Jpy mengakhiri sesi dagangan minggu lepas dengan kenaikan sebanyak 0.60% dan masih cenderung untuk menguat dalam sesi minggu ini. Kecenderungan pasangan matawang ini bergerak ke atas disokong dengan tembusnya ‘resistance‘ di 112.60.

Potensi kenaikan ditambah lagi dengan terbentuknya ‘bullish engulfing‘ di time-frame daily. Di time-frame daily, pasangan matawang ini dilihat membuat ‘retracement‘ sehinggalah mencapai paras 38.2% dua minggu lalu sebelum menguat dan membentuk ‘bullish engulfing‘ pada sesi khamis minggu lalu.

US dolar menguat pada sesi Khamis apabila tersebarnya berita yang menyatakan Presiden Trump akan mengumumkan ‘cukai fenomena’ beberapa minggu lagi. Hal ini dilihat sebagai berita baik yang melegakan pasaran, kerana akhirnya pentadbiran baru US memperbaiki sedikit ketidaktentuan pasaran ketika ini.

Berikutan tersebarnya berita ‘cukai fenomena’ tersebut telah menyebabkan Usd/Jpy menguat 150 pip.

Pada Jumaat perjumpaan antara Abe-Trump telah berlangsung di White House dengan fokus terarah kepada perdagangan dua-hala. Trump dalam sidang media selepas perjumpaan itu berkata perdagangan mestilah adil.

Dari segi pendirian matawang pula, Trump menyatakan US juga akan berada dalam ‘gelanggang permainan’ dalam masa terdekat. Gelanggang permainan di sini bermaksud kemasukan ke dalam pasaran Forex untuk menstabilkan nilai matawang.

Komen Trump ini pula menyebabkan Usd melemah berbanding Yen, tetapi tidak berjaya memadam keuntungan pada sesi dagangan Khamis.

Minggu ini dimulakan dengan data ‘impak tinggi’ dari Jepun iaitu pertumbuhan ekonomi pada suku keempat. Pertumbuhan ekonomi Jepun mencatat kenaikan 0.2% berbanding jangkaan pasaran sebanyak 0.3%. Disebabkan data ini Yen melemah pagi tadi dengan Usd/Jpy naik 50 pip. Data ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada sentimen yang kurang baik bagi Yen dalam sesi dagangan minggu ini.

Minggu ini bagi pasangan matawang Usd/Jpy, pasaran akan terus memberi perhatian kepada data-data dari US seperti ‘harga pengguna US’, dan dua kali ‘ucapan Janet Yellen’.

Dalam faktor geopolitik, kita akan terus memerhati secara rapat perkembangan polisi-polisi pentadbiran baru US. Di Jepun pula tidak banyak yang boleh diperhatikan, selain perkembangan hubungan dua-hala US-Jepun. Di sini peranan Abe adalah kritikal kerana beliau perlu menjalin hubungan baik bersama Trump jika ingin ekonomi negaranya terus mendapat faedah dari US.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat