‘Non-Stop’ Meroket, Boleh Ke Cardano (ADA) Cecah Paras $5?

956

Cardano (ADA) membuka tirai minggu terakhir Julai dengan rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $2.85 pada pagi tadi.

Boleh dikatakan aset ini menunjukkan prestasi yang menonjol sejak keruntuhan pasaran kripto pada Mei lalu. Malah, ada harapan untuk aset ini terus melonjak ke paras $5.

Bagaimanapun, lonjakan tersebut bergantung kepada beberapa faktor utama yang melibatkan komunitinya.

Pertama, sedia maklum tarikh pelancaran smart contract di penghujung Alonzo semakin dekat. Dijangka ia akan berlangsung pada 12 September ini.

Pertumbuhan ekosistem Cardano yang ligat menjadi tunjang utama kepada peningkatan harga ADA, sekaligus menyebabkan beberapa altcoins yang lain ketinggalan pada segi lonjakan harga.

Kedua, tumpuan ADA di rangkaian media sosial turut memberi impak kepada harga aset ini. Dilaporkan ketika ADA mencatatkan nilai $2.65, hashtags ‘ADA’ dan ‘Cardano’ turut sama menyaksikan kemeriahan di laman media sosial.

Ia turut disokong oleh ramalan Santiment: “Keterujaan orang ramai pada ketika ini berpotensi untuk menolak ADA ke paras harga $3 dan lebih.

Ini bermakna, ada peluang untuk ADA melakar $5 jika kedua-dua faktor ini terus memainkan peranan.

Mungkin, sebelum ini ADA dilihat sebagai aset yang tiada nilai dan pernah dilabel sebagai ‘ghost chain’ tetapi tidak lagi apabila ketika penulisan, ia masih gah bertahan di paras $2.81, susut 1.41% daripada rekod tertinggi pagi tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat