Cardano (ADA) Melepasi Paras $2 Selepas Pengumuman Tarikh Pelancaran Kontrak Pintar!

769

Pada Jumaat, Cardano (ADA) sekali lagi mencatatkan peningkatan melepasi $2 selepas menyusut sejak Mei. Kali terakhir ADA merekodkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) ialah dengan nilai $2.47, pada 16 Mei lalu.

Sentimen bullish ADA tidak lain tidak bukan didorong oleh pelancaran kontrak pintar yang dijangka akan berlaku pada bulan depan melalui program penggabungan hard fork (hard fork combinator, HFC) Alonzo.

Menurut ciapan di laman rasmi Twitter Input Output (IOHK) mendedahkan program tersebut dijadualkan berlangsung pada 12 September.

Gabungan hard fork Alonzo atau Alonzo hard fork combinator merupakan usaha yang mewujudkan peralihan Byron kepada Shelley tanpa gangguan sistem atau restart.

Ia bertujuan untuk memastikan lejar Byron dan Shelley tampil sebagai satu lejar. Ini juga akan membawa kepada gabungan blok Byron dan Shelley yang mana selepas peralihannya, turut akan menggabungkan blok Goguen, Basho, dan Voltaire sebagai satu unit.

Jika penambahbaikan ini berjalan dengan baik, tidak mustahil ADA akan mencatatkan lonjakan tiga digit peratus selepas pelancaran kontrak pintar, lagi-lagi Cardano memiliki komuniti yang sangat besar.

Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $2.13 dengan penyusutan hampir 2% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat