Kecuali United Kingdom! OECD Meramalkan Pertumbuhan di Kebanyakan Negara Maju pada 2017 & 2018

59

OECD (Organisation for Economic Co-operation and Development) menaikkan jangkaan pertumbuhan ekonomi global pada 2017 dan pengembangan sehingga tahun 2018 berikutan Donald Trump merancang untuk menyediakan rangsangan fiskal yang akan memberi impak positif kepada negara-negara besar yang lain.

OECD adalah sebuah pertubuhan organisasi ekonomi dengan 35 negara sebagai ahli seperti US, Australia, UK, Kanada, German, Jepun, Itali dan banyak lagi.

OECD mengatakan dalam laporan tahunannya bahawa, KDNK (GDP) global dijangkakan berkembang 3.3% tahun hadapan yang meningkat 0.1% daripada ramalan September. Organisasi yang berpangkalan di Paris ini melihat ekonomi global berkembang sebanyak 3.6% pada 2018 iaitu pertumbuhan yang tertinggi sejak 2011.

Indeks S&P 500 telah meningkat ke paras tertinggi dan hasil bon (bond yields) juga turut meningkat sejak Trump memenangi pilihanraya Presiden pada 8 November lepas. Trump berjanji akan membuat rangsangan fiskal dan mengurangkan cukai korporat yang dilihat membantu kepada insentif pelaburan baru oleh syarikat di US dan seterusnya memberi impak positif kepada ekonomi dunia, kata OECD.

Bagi OECD, selepas pilihanraya lepas terdapat jangkaan terhadap perubahan signifikan dalam polisi makroekonomi. US sebagai ekonomi terbesar dunia, akan merancakkan lagi permintaan domestik akan menguatkan sektor import US.

US akan mencatatkan pertumbuhan 2.3% pada 2017 menurut OECD dan 3% pada 2018, manakala zon Eropah berkembang 1.6% dan 1.7%. Untuk China pula akan berkembang 6.4% dan 6.1%. Jepun pula dengan 1% dan 0.8%.

Lihat Prospek pertumbuhan ekonomi global oleh OECD:

m-51
Sumber: Bloomberg

Berdasarkan rajah prospek pertumbuhan ekonomi oleh OECD ini, kebanyakan negara mengikut tren peningkatan ekonomi global kecuali UK dan Brazil. Bagi UK ketaktentuan Brexit masih lagi menyelubungi sentimen yang berlegar di negara itu. UK masih terdedah dengan risiko-risiko perdagangan setelah keluar dari Kesatuan kerana tidak dapat untuk mengakses pasaran tunggal ini lagi.

Menurut Ketua Ekonomi OECD, Catherine Mann, “Ekonomi global telah berada dalam pertumbuhan yang rendah sejak lima tahun lepas”. Hal ini disebabkan oleh pilihan yang dibuat oleh pihak yang berkuasa dalam polisi monetari. Menurutnya lagi, beban hutang yang semakin stabil memberi pilihan kepada penggunaan polisi pengembangan fiskal yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat