OIL Analisa Fundamental Harian 23 Nov 2015

49

moshedfx-forex-malaysia-oil-009

Harga minyak mentah berada dalam dagangan stabil Jumaat lalu, dengan crude yang melonjak lebih $1.35 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $42.70 setong, sebelum jatuh semula dan menutup sekitar paras $41.50 setong; manakala brent pula melonjak lebih $1.40 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $45.75 setong, sebelum jatuh semula dan menutup sekitar paras $44.65 setong; setelah inventori minyak mentah AS dilaporkan meningkat untuk minggu kelapan – peningkatan paling lama sejak April lalu.

Minyak mentah telah merosot kira-kira 47% pada tahun lalu, di tengah-tengah spekulasi lebihan bekalan yang akan berterusan apabila Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) terus mengepam melebihi kuotanya.  Arab Saudi sedang bekerjasama dengan pengeluar di dalam dan di luar kumpulan 12 anggota OPEC itu, untuk menstabilkan pasaran, menurut Menteri Minyak Arab Ali al-Naimi di Bahrain. Harga akan meningkat apabila bekalan dan permintaan mengimbangi semula pada tahun depan, menurut Matar al-Neyadi, Setiausaha tenaga untuk Emiriyah Arab Bersatu.

[adrotate group=”6″]

Amerika Syarikat dan Iraq, yang mempunyai lebihan tambahan tahun ini bersamaan dengan kira-kira 80% daripada lebihan global, akan gagal untuk meningkatkan pengeluaran pada 2016, menurut para penganalisis. Walaupun pengurangan AS adalah kerana harga yang terlalu rendah untuk merangsang bekalan baru, keupayaan negara Timur Tengah untuk meningkatkan pengeluaran juga sedang bergelut dengan keperluan untuk membiayai pertempuran dengan ISIS.

Memperlahankan pengeluaran di kedua-dua negara pengeluar yang paling pesat berkembang itu menandakan lebihan global, yang telah mengurangkan harga minyak kepada hampir $40 setong, boleh mula memberi kesan pada tahun depan, menurut Barclays Plc. Walaupun ianya memenuhi rancangan Arab Saudi untuk keseimbangan pasaran minyak dunia, kemelut Iraq menunjukkan bahawa pengeluar dalam OPEC juga menghadapi masalah yang sama, apabila strategi tersebut memberi kesan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat