OIL Analisa Fundamental Harian 29 April 2016

27

Harga minyak terus memacu naik untuk hari ketiga berturut-turut Khamis semalam, setelah pasaran dipenuhi aktiviti mengambil untung sebelum daripada itu; setelah pasaran terus memberikan reaksi positif kepada laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) yang menjangka penurunan pengeluaran dari pengeluar minyak bukan OPEC sebanyak 700 ribu tong sehari pada tahun ini.  Pada masa yang sama, pertambahan inventori minyak yang kurang dari minggu lepas dalam laporan Jabatan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS baru-baru ini, juga membantu sokongan belian.

Di New York Mercantile Exchange (NYMEX), Crude bagi penghantaran Jun melonjak naik lebih $1.15 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $46.12 setong, sebelum menutup sekitar paras $45.88 setong; manakala di Intercontinental Exchange London (ICE) pula, Brent bagi penghantaran Julai melonjak sekitar $1.30 setong untuk ke paras tertinggi harian sekitar $47.82 setong, sebelum menutup sekitar paras $47.56 setong.

[adrotate group=”6″]

Jabatan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS yang melaporkan stok minyak komersil hanya bertambah 2 juta tong berbanding 2.1 juta tong minggu lepas, walaupun angka tersebut melebihi jangkaan 1.4 juta tong, membuatkan pasaran terus membida harga minyak, terkesan dari laporan seterusnya yang melihat kejatuhan pengeluaran AS sebanyak 15 ribu tong sehari kepada jumlah 8.938 juta tong – paras terendah dalam masa 18 bulan.  Kejatuhan angka pengeluaran AS ini menguatkan jangkaan bahawa pengeluar minyak syal AS telah banyak gulung tikar ekoran harga minyak yang terlalu rendah.

Dalam pada itu pelabur memantau perkembangan di Venezuela, dimana protes terhadap kekurangan bekalan air, makanan dan kuasa elektrik telah merebak ke seluruh negara itu. Awal minggu ini kerajaan Venezuela menambah hari bekerja dalam usaha untuk memulihkan bekalan kuasa elektrik negara tersebut.  Pengeluaran minyak Venezuela jatuh 14 ribu tong sehari terkesan dari kejadian ini.  Venezuela adalah pengeluar keenam terbesar dalam OPEC dan pengeluar terbesar diluar kawasan timur tengah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat