OIL Analisa Fundamental Harian 9 Nov 2015

48

moshedfx-forex-malaysia-oil-016

Harga minyak mentah terus merudum untuk hari ketiga berturut-turut, dengan crude jatuh lebih $1.50 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $44.05 setong sebelum menutup sekitar paras $44.50 setong; manakala brent pula jatuh lebih $1.20 setong untuk mencapai paras terendah harian sekitar $47.95 setong sebelum menutup sekitar paras $48.35 setong; setelah para penganalisis berkata lebihan bekalan dan Dollar yang kukuh bakal memberati minyak.

“Dengan pengeluaran minyak dari pengeluar utama yang kukuh, kejatuhan pengeluaran daripada minyak syal AS masih tidak mencukupi untuk mengimbangi pasaran minyak yang terlebih bekalan dalam tempoh dua tahun akan datang,” menurut BMI Research, anak syarikat agensi penarafan Kumpulan Fitch. “Gabungan Amerika Syarikat, Rusia dan OPEC menghasilkan lebih 50% minyak mentah global dan pengeluaran mereka telah meningkat sepanjang 2015, walaupun pengeluaran di Amerika Syarikat telah berkurang,” tambah agensi itu lagi.

[adrotate group=”6″]

Pasaran minyak mentah berada pada ‘contango’ yang teruk. “Contango” ditakrifkan sebagai perbezaan positif antara harga kontrak hadapan dan harga ‘spot’ minyak mentah. Kontrak bagi penghantaran ‘crude’ untuk Disember 2015 dan Januari 2016 menunjukkan perbezaan $1 setong pada 5 November lalu – contango terburuk dalam tempoh enam bulan lepas. Sementara itu, contango untuk 12 bulan adalah perbezaan sebanyak $6 setong. Ini menunjukkan bahawa lebih banyak minyak mentah boleh dibeli, tetapi dengan ekonomi semasa yang lemah ia hanya akan menambah tekanan kepada harga minyak.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat