Omicron Terus Gugat Pasaran Saham Global Serta Minyak

159

Saham Amerika Syarikat (AS) susut 1 % dan harga minyak jatuh 3% hasil peningkatan kes varian Omicron serta kemungkinan kegagalan bil perbelanjaan domestik bernilai US$1.75 trilion oleh Presiden Joe Biden.

AS menyaksikan peningkatan sebanyak 50% kes melibatkan COVID-19 yang telah menyebabkan saham negara Uncle Sam itu terus merudum dan keadaan bertambah buruk apabila Senator Joe Manchin yang memainkan peranan penting dalam meluluskan bil pelaburan Biden bernilai US$1.75 trilion telah menyatakan beliau tidak akan menyokong pakej tersebut.

Selain itu, harga minyak turut mengalami penurunan hasil kebimbangan pelabur mengenai perintah kawalan pergerakan baharu yang pasti akan memberi kesan kepada permintaan minyak.

Dalam satu berita berasingan, Federal Reserve (Fed) telah memutuskan untuk menamatkan pakej rangsangan pandemik dengan lebih pantas yang secara tidak langsung memberi isyarat berkenaan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat sebanyak 3 kali menjelang akhir 2022.

Di samping itu, akibat kenaikan kes COVID-19 diseluruh dunia, Forum Ekonomi Dunia telah ditunda sehingga pertengahan 2022 yang sepatutnya diadakan di Switzerland pada Januari ini.

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 1.53%, S&P 500 susut 1.46% dan Nasdaq Composite turun 1.54%.

Tolok saham MSCI seluruh dunia turun 1.55%.

Harga minyak mentah AS susut 3.1% pada $68.23 setong sementara harga minyak Brent turun 2.48% pada $71.70.

Indeks dolar susut 0.152% sementara nota hasil perbendaharaan 3 tahun turun 3.2 mata asas atau 0.8936%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat