OPEC+ Punca Harga Minyak Di Puncak Tertinggi 7 Tahun

460

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya yang lebih dikenali sebagai OPEC+ memutuskan akan kekal dengan perjanjian untuk meningkatkan pengeluaran minyak secara beransur-ansur.

Terdahulu, OPEC berdepan gesaan daripada pengguna terbesar dunia seperti Amerika Syarikat dan India yang meminta pengeluaran dilakukan lebih cepat bagi memenuhi permintaan yang semakin pulih dari pandemik Covid-19.

Namun, pada pertemuan yang berlangsung semalam, OPEC+ mengesahkan semula peningkatan pengeluaran akan diteruskan dengan 400,000 tong sehari pada bulan November.

Dagangan minyak mentah Brent melonjak di atas $81 setong susulan keputusan tersebut, menyentuh paras ketinggian terbaru tiga tahun. Sementara WTI Amerika Syarikat pula melonjak lebih 2% kepada hampir $78 setong, iaitu tahap tertinggi sejak November 2014.

Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak mengatakan bahawa mereka akan terus memantau situasi dalam pasaran minyak, dan permintaan biasanya akan turun pada suku keempat.

Sebelum mesyuarat diadakan, sumber OPEC+ ada memberitahu bahawa kumpulan itu berdepan tekanan untuk meningkatkan pengeluaran lebih cepat, tetapi disebabkan mereka bimbang dengan gelombang keempat Covid-19, tiada perubahan besar dilakukan buat masa ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat