OPEC & Rusia Tak Sependapat, Bahaya Untuk Pasaran Minyak

193

Harga minyak mentah kembali catat kejatuhan semula pada Selasa selepas perbincangan di antara negara-negara pengeluar menemui jalan buntu. Pelabur menantikan perkembangan keputusan rundingan yang bersambung pada hari ini.

Niaga hadapan minyak Brent untuk Mac jatuh 0.2% kepada $50.97 setong sementara minyak mentah WTI AS untuk Februari pada paras $47.56 setong, turun 0.1%.

Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OEPC) bersama rakan sekutu dikenali sebagai OPEC+ masih gagal mencapai persetujuan untuk perubahan kadar pengeluaran minyak pada bulan Februari 2021.

Arab Saudi menentang cadangan untuk pengeluaran lebih banyak minyak disebabkan langkah sekatan pergerakan terbaru sementara Rusia pula mahu tingkatkan pengeluaran atas alasan pemulihan pada permintaan bekalan.

Penganalisis melihat percanggahan pendapat antara negara-negara pengeluar akan memberi kesan buruk terhadap pasaran minyak mentah.

Namun terdapat faktor yang menyokong kenaikan harga minyak iaitu ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah.

Terdapat laporan bahawa Tentera Pengawal Revolusi Iran merampas kapal tangki dengan bendera Korea Selatan di perairan teluk dan menahan kru kapal di tengah-tengah pertelingkahan antara Tehran dan Seoul mengenai isu pembekuan dana Iran di bank Korea Selatan disebabkan sekatan Amerika Syarikat (AS).

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat